Tuesday, May 25, 2010

Rekreasi / Kiraan Pantas Matematik

NOMBOR YANG MISTERI

Ada satu nombor yang sangat menarik perhatian

Bila dibahagikan dengan 2, bakinya ialah 1.
Bila dibahagikan dengan 3, bakinya ialah 2.
Bila dibahagikan dengan 4, bakinya ialah 3.
Bila dibahagikan dengan 5, bakinya ialah 4.
Bila dibahagikan dengan 6, bakinya ialah 5.
Bila dibahagikan dengan 7, bakinya ialah 6.
Bila dibahagikan dengan 8, bakinya ialah 7.
Bila dibahagikan dengan 9, bakinya ialah 8.
Bila dibahagikan dengan 10,bakinya ialah 9.

ia bukan nombor kecil, dan bukan nombor yang besar jugak

cari nombor misteri tersebut. .


>


>



>



>



>



>



>



>



Jawapan soalan ni ialah 2519

kalau tak percaya, cuba kira. .

Friday, May 21, 2010

Laman Web Matematik dan Matematik Rekreasi



Laman Web Matematik dan Matematik Rekreasi..

Ada pelbagai latihan matematik rekreasi...

Latihan secara online

Kalau berminat sila klik di sini...

Selamat Mencuba...

Wednesday, March 31, 2010

BIJAK SIFIR

Matematik merupakan subjek yang mudah sebenarnya. Ini adalah kerana apa jua soalan matematik hanya mempunyai satu sahaja jawapannya. Sebagai contoh, apabila 2 ditambahkan dengan 3, jawapannya mesti 5, tiada jawapan yang lain.

Dari kecil lagi kita telah didedahkan bahawa matematik adalah subjek yang susah. Terima kasih kepada ibu bapa kita yang telah menanamkan dalam pemikiran kita "matematik adalah susah". Mengikut pakar psikologi, apabila kita menganggap sesuatu perkara itu adalah susah, maka susah la ia, walaupun pada hakikatnya ia adalah mudah

Seseorang yang cemerlang matematik sebenarnya menggunakan strategi atau kaedah yang baik berbanding dengan kita. Mereka bukanlah mempunyai otak yang lebih canggih, tetapi mempunyai cara dan kaedah yang mudah, menggunakan sebaik mungkin ciptaan ilahi ini.

Untuk menguasai matematik, sifir adalah sangat penting. Tetapi perlukah sifir itu dihafal? Sifir sebenarnya perlu difahami dahulu. Apabila kita faham dan selalu bermain dengannya, sifir itu akan dihafal tanpa disedari. Kita selalu menekankan bahawa sifir perlu dihafal tetapi bagaimanakah cara menghafalnya?

Mari kita lihat beberpa teknik untuk memahami bentuk sesuatu sifir itu...

1. Konsep Tambah Berulang

Pada asas nye.. sifir itu adalah singkatan kepada penambahan berulang. Apabila suatu no itu di tambah berulang kali seperti
2+2+2+2 = 8

maka ia boleh kita singkat kan dengan menukarkannya ke dalam bentuk konsep darab iaitu terdapat 4 kali angka 2
4 x 2 = 8




Oleh itu, kita dapat membina sifir itu dengan menggunakan kemahiran tambah. sebagai contoh, disebelah ini ditunjukkan cara bagaimana sifir 2 itu terhasil dengan menggunakan tambah berulang-ulang.

Begitu juga sekiranya jika kita ingin membina sifir-sifir yang lain. Seseorang yang mempunyai kemahiran tambah yang hebat boleh membina apa jua sifir yang diinginkan.


2. Manambahkan Sifir

Sifir juga boleh dibina sekiranya kita hafal sifir yang sebelumnya. Sebagai contoh, sifir 6 boleh dibina sekiranya kita tahu sifir 5.














Cuba lihat bentuk di atas. Hanya menambahkan angka 1 hingga 9 pada sifir 5, kita boleh perolehi sifir 6. Hebat bukan? Ini bermakna sekiranya kita tidak menghafal sesuatu sifir itu, kita masih boleh membina sifir itu sekiranya kita hafal sifir sebelumnya. sebagai contoh, sifir 4 itu boleh kita bina dari sifir 3.

3. Mendarabkan sifir

Sesuatu sifir itu datangnye dari sesuatu sifir yang lain. Sebagai contoh, sifir 4 itu datangnye dari sifir 2. Apabila sifir 2 itu di darab dengan 2, maka kita akan perolehi sifir 4. Cuba lihat...














Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa sifir 8 itu diperolehi apabila sifir 4 di darab dengan 2, sifir 6 diperolehi apabila sifir 3 di darab dengan 2, dan sifir 9 diperolehi apabila sifir 3 didarabkan dengan 3.

4.Memahami Bentuk Sifir Itu

Sifir 5 merupakan sifir yang paling difahami bentuknya oleh murid-murid. Sifir 5 juga boleh kita lihat pada permukaan jam (minit). Kerana itu lah, kita tidak menghadapi masalah untuk menghafal sifir 5. Bagaimana pula sifir- sifir yang lain?

cuba lihat no ini.. disusun mengikut turutan, nampak biasa bukan?
1 2 3 4
5 6 7 8
sebenarnye kita tak perasan bahawa ada sifir di dalamnya.. cuba lihat..
12 = 3 x 4
56 = 7 x 8
terfikir atau tidak?
hampir 90% murid kita tidak menghafal sifir 7x 8. Dengan sedikit ilmu pengetahuan tentang bentuk sifir, kita dapat mengatasi masalah ini 100%!!

Sifir 9 juga mempunyai bentuknya sendiri. Dengan menyusun angka dari 1 hingga 9, kita boleh memperolehi sifir 9. Cuba lihat di bawah ini..





Dengan menyusun angka 0 hingga 9 mengikut turutan turun dan naik, dapat menyelesaikan masalah menghafal sifir 9.



Kita juga boleh menggunakan teknik yang sama untuk menghafal sifir 8. Cuba lihat di bawah ini..


Dengan menyusun angka 0 hingga seterusnya tetapi bagi nombor gandaan 4 ditulis sebanyak dua kali pada sebelah kirinya, manakala di sebelah kanan pula disusun nombor 8,6,4,2,0 secara berulang-ulang, maka kita akan memperolehi sifir 8 tanpa terhad..



Cuba anda teruskan sifir ini, anda akan dapat sifir 8 yang tanpa henti.... cuba lah...

Tuesday, March 23, 2010

MONEY


Mixed operations involving money

In mixed operations involving addition and subtraction,

Calculate from left to right.

If there are brackets, solve them first.

Example;

RM2 400 – (RM125.05 + RM21)

RM 125 . 05 RM 2 400.00

+ RM 21 . 00 - RM 146.05

RM 146 . 05 RM 2 253.95

TIPS

The decimal point that separates the ringgit and the sen must be

aligned on a vertical line when performing basic operation.

TYPES OF QUESTIONS

1. Value of money RM and sen

2. Bill ( quantity, price per unit, price, balance….)

3. Changes of unit of money

4. Profit and loss

5. Money and the four basic operations

6. Calculation involving fraction and percentage.