Saturday, February 27, 2010

Math Drills







lembaran kerja percuma.

terdapat banyak latihan seperti addition, subtraction, multiply , division dll.

anda semua bolehlah pilih dan print soalan tersebut.

jika berminat sila klik di mathdrills.com

Aplusmath











Mari berseronok dengan matematik..

laman ini menyediakan banyak soalan yang boleh dijawab secara online

Kita boleh juga bina soalan matematik

Mari kita cuba terokai lama ini

Klik di aplusmath


Selamat mencuba...

Wednesday, February 24, 2010

Sifir – Kemahiran Asas Matematik Yang Wajib Dikuasai

Teknik-Teknik Matematik





Matematik adalah salah satu mata pelajaran yang unik.Metematik memerlukan anda menyelesaikan masalah.Di sini ada serba sedikit info yg ingin kami kongsikan bersama anda tentang teknik-teknik mempelajari matematik.Sering kali kita dengar pelajar akan berkata matematik itu susah.Sebenarnya jika kita menggunakan teknik-teknik yang betul nescaya lebih mudah kita memahami matematik.


Antara teknik-teknik matematik ialah pelajar perlu mengenal pasti soalan-soalan yang dapat dijawab dan soalan-soalan yg tidak boleh dijawab.Pelajar juga harus mencari peluang dan masa untuk bertemu guru sama ada pada waktu rehat atau di dalam kelas untuk bertanya soalan-soalan yang pelajar tidak faham.Sekurang-kurangnya pelajar perlu mempelajari matematik selama dua jam dalam satu hari.Jangan sekali-kali pelajar memonteng kelas matematik.Seeloknya pelajar mengulangkaji mata pelajaran matematik sebelum memasuki kelas matematik supaya pelajar mendapat gambaran tentang apa yang akan dipelajari.


Bagi menjadikan matematik sebagai subjek yang menarik pelajar perlu menyahut cabaran dengan menyelesaikan soalan-soalan matematik bermula dengan soalan yang senang dahulu hingga tahap yang susah.Untuk menyelesaikan masalah dalam matematik, pelajar perlu lah memahami sepenuhnya konsep matematik.

Tokoh Matematik Islam




Nama sebenarnya ialah Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar Ibn Ibrahim al-Khayyam dan dilahirkan pada 18 Mei 1048 dan meninggal dunia pada 4 dec 1131. Khayyam sebenarnya bermaksud pembuat khemah. Sumbangan terbesar Omar Khayyam ialah dalam bidang Algebra.
Beliau pernah membuat percubaan untuk mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra termasuk persamaan darjah ke tiga. Malah beliau juga menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah algebra. Ini termasuklah penyelesaian geometrik bagi persamaan kiub dan sebahagian daripada penyelesaian kebanyakan persamaan lain.
Bukunya `Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila’ adalah karya agungnya dalam bidang algebra dan sangat penting dalam perkembangan algebra. Pengklasifikasian persamaan yang dilakukan oleh Omar Khayyam adalah berasaskan kerumitan sesuatu persamaan. Omar Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. Kaedah penyelesaian persamaan yang digunakan oleh Omar Khayyam adalah bersifat geometrikal. Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari.

Tuesday, February 23, 2010

Definisi Matematik

Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.

Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya; Benjamin Peirce memanggil ia "sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu". Ia berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskan corak-corak baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat yang dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai.

Pengetahuan dan penggunaan matematik asas sentiasa berada di dalam bahagian sedia ada dan penting bagi kehidupan individu dan kumpulan tertentu . Penghalusan bagi idea-idea asas adalah dapat dilihat purba di teks-teks matematik berasal dalam Mesir kuno, Mesopotamia, India Purba, dan China Purba, bertambah dengan ketelitian kemudiannya diperkenalkan oleh Yunani Purba. Setakat ini , pembangunan diteruskan dalam keadaan tidak sangat memberangsangkan sehingga Zaman Pembaharuan pada abad ke-16 di mana inovasi-inovasi matematik berinteraksi dengan penemuan-penemuan saintifik baru yang membawa kepada satu pemecutan dalam pemahaman yang diteruskan

Sunday, February 21, 2010

Huraian Sukatan Pelajaran





HURAIAN SUKATAN PELAJARAN


1. Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Satu


2. Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Dua


3. Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Tiga


4. Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Empat


5. Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Lima


6. Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Enam



Koleksi Soalan Matematik




Koleksi Soalan Matematik .......


Soalan Matematik Kertas 1 2009 ( JPN Johor )
Soalan Matematik Kertas 2 2009 ( JPN Johor )

Soalan Matematik Kertas 1 2009 ( JPN WP )
Soalan Matematik Kertas 2 2009 ( JPN WP )



Rancangan Tahunan Matematik



RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK


1. Rancangan Tahunan Matematik Tahun Satu


2. Rancangan Tahunan Matematik Tahun Dua


3. Rancangan Tahunan Matematik Tahun Tiga


4. Rancangan Tahunan Matematik Tahun Empat


5. Rancangan Tahunan Matematik Tahun Lima


6. Rancangan Tahunan Matematik Tahun Enam